UK, AS tuduh Iran dalang serangan kapal tangki - Utusan Malaysia

UK, AS tuduh Iran dalang serangan kapal tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: United Kingdom dan Amerika Syarikat percaya Iran adalah dalang di sebalik serangan kapal tangki yang mengorbankan dua mangsa dan berjanji akan bertindak balas.

Serangan itu merupakan satu pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa, lapor BBC.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett berkata, terdapat bukti menunjukkan musuh lama Iran bertanggungjawab.

Dia malah memberi amaran akan menghantar mesej kepada Iran dengan cara mereka sendiri.

Sementara itu, Iran menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menegaskan ia adalah tuduhan tidak berasas.

Kapal MV Mercer Street yang dikendalikan oleh syarikat milik Israel diserang di Oman, Khamis lalu, sehingga menyebabkan mangsa warganegara Britain dan Romania terbunuh.

Serangan itu merupakan peningkatan terbaharu dalam ‘perang bayangan’ yang tidak diisytiharkan antara Israel dan Iran.

Sejak Mac lalu, beberapa serangan kejam ke atas kapal yang dikendalikan oleh Israel dan Iran tercetus.

Iran malah menuduh Israel menyasarkan tapak nuklear dan saintisnya.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya