Twitter tak sekat Taliban - Utusan Malaysia

Twitter tak sekat Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Twitter menolak menyertai syarikat media sosial lain untuk melarang Taliban daripada platformnya kerana menegaskan pihaknya akan memantau sebarang kandungan selagi mana tidak mempromosikan keganasan.

Tindakan itu bertentangan dengan syarikat pesaing lain kerana Facebook, WhatsApp Instagram, TikTok dan YouTube melarang dan menutup akaun yang berkaitan, mempromosi atau memuji Taliban, lapor Daily Mail.

Twitter dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan terus aktif memantau sebarang kandungan yang melangggar peraturan dalam Twitter terutamanya berkaitan polisi yang mengangkat keganasan, memanipulasi atau penipuan.

Syarikat sosial media itu menggunakan justifikasi sama semasa larangan terhadap akaun Twitter Donald Trump selepas rusuhan di bangunan Capitol, 6 Januari lalu.

Twittter turut mempertahankan tindakan membenarkan semua akaun berkaitan Taliban untuk kekal aktif kerana rakyat Afghanistan menggunakan platform sama untuk meminta bantuan luar.

Trump selama bertahun-tahun melarang sebarang akaun Facebook berkaitan Taliban kerana sering melabelkannya dengan dakyah sebagai ‘kumpulan berbahaya’ tanpa usul periksa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya