Turki bukan ‘stor simpanan pendatang' Eropah - Utusan Malaysia

Turki bukan ‘stor simpanan pendatang’ Eropah

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa negara-negara Eropah untuk mengambil tanggungjawab membantu pendatang dari Afghanistan.  

Recep Tayyip menegaskan Turki tidak berhasrat untuk menjadi unit simpanan bagi pendatang Eropah di tengah-tengah pergolakan di Afghanistan selepas kumpulan Taliban mengambil alih negara itu.

Menurut pemimpin itu, Eropah perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap warga Afghanistan yang melarikan diri dari negara tersebut.

Katanya, Ankara juga telah mengambil langkah keselamatan di sepanjang sempadan dengan Iran, yang merupakan laluan utama bagi pendatang warga Afghanistan ke Turki.

Jelas beliau, Turki boleh mengadakan perbincangan dengan kerajaan baharu yang akan dibentuk oleh Taliban untuk berunding mengenai agenda bersama kedua-dua negara tersebut. 

Sejak Taliban menawan Kabul pada minggu lalu, kekacauan tercetus ketika ribuan warga Afghanistan mahu melarikan diri kerana bimbang dengan perundangan ketat Taliban.

Dilaporkan, ribuan penduduk Afghanistan juga merentas ke Turki sejak beberapa minggu kebelakangan ini ketika Taliban dalam perjalanan ke Kabul. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN