ALGIERS: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut di Algeria ketika kebakaran hutan merebak di negara Afrika Utara,
Lapor Al Jazeera, pihak berkuasa pertahanan awam memaklumkan dua orang mengalami kecederaan serius dalam kejadian tersebut.
Radio tempatan melaporkan beberapa rumah penduduk musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.
Akhbar al-Bilad pula melaporkan kebanyakan sekolah yang terletak di wilayah Tizi Ouzuo menerima penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran tersebut.
Wilayah Tizi Ouzou terletak kira-kira 150 kilometer (km) ke arah timur ibu kota Algiers.
Lapor al-Bilad, ramai penduduk menawarkan diri untuk membantu pasukan pertahanan awam yang berusaha memadamkan kebakaran itu sejak Isnin lalu.
Sekurang-kurangnya 19 kebakaran berlaku di 14 wilayah di seluruh negara. – AGENSI