BAMAKO: Tiga tentera Mali dilaporkan maut dalam satu kejadian letupan alat peledak ketika mereka sedang memandu ke sebuah lapangan terbang di timur laut wilayah bergolak itu.
Pihak berkuasa negara itu mengesahkan kejadian itu.
Tentera Mali menerusi Twitter memaklumkan sebuah kenderaan tentera yang dalam perjalanan ke lapangan terbang di Menaka, melanggar alat letupan improvisasi semalam.
Beberapa tentera juga mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
Dilaporkan, keadaan kesemua tentera itu stabil dan sedang menerima rawatan di fasiliti yang dikendalikan oleh pasukan Takuba.
Wilayah Menaka berhampiran sempadan Niger, menjadi lokasi serangan anggota militan. – AFP