Tiga senator AS disahkan positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Tiga senator AS disahkan positif Covid-19

Senator John Hickenlooper (kiri), Angus King (tengah) and Roger Wicker (kanan). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tiga senator Amerika Syarikat (AS) dari parti politik berlainan mengesahkan mereka dijangkiti Covid-19.

Ahli Parlimen yang sudah menerima suntikan vaksin lengkap, merupakan antara 71 anggota Kongres yang dijangkiti Covid-19 sejak awal tahun lalu.

Perkara itu diumumkan menerusi laman sesawang, GovTrack.

“Saya dijangkiti positif Covid-19. Ketika ini, keadaan kesihatan saya baik namun saya akan jalani kuarantin seperti diarahkan doktor,” kata Senator John Hickenlooper, 69, di Twitter.

Ahli politik parti Demokrat dari Colorado itu menyatakan beliau berasa syukur selepas sudah divaksin dan menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Senator dari parti Republikan, Roger Wicker, 70, disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan disebabkan mengalami gejala ringan.

Menurut pejabat ahli Parlimen itu menerusi kenyataan, Wicker ketika ini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Mississippi.

Seorang lagi senator, Angus King, 77, didapati dijangkiti Covid-19 selepas mula mengalami gejala.

“Meskipun keadaan sakit, saya berasa jauh lebih baik berbanding apa yang dialami jika tanpa vaksin,” kata King yang merupakan seorang ahli Parlimen bebas dari Maine. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya