BANGKOK: Thailand melaporkan sebanyak 20,920 kes jangkitan Covid-19 pada hari ini, rekod tertinggi dicatatkan sejak pandemik bermula.
Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Thailand meningkat kepada 693,305 kes.
Berdasarkan laman sesawang Kementerian Kesihatan, negara itu juga mencatatkan sebanyak 160 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.
Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat jangkitan Covid-19 sebanyak 5,663 kes setakat ini. – REUTERS