Tentera AS redah kawasan berisiko selamatkan rakyat terkandas di Afghanistan - Utusan Malaysia

Tentera AS redah kawasan berisiko selamatkan rakyat terkandas di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan akhirnya menghantar helikopter bagi menyelamatkan lebih 150 rakyat AS yang tidak dapat akses ke pintu Lapangan Terbang Kabul.

Usaha itu membuktikan tentera AS bersedia keluar dari kawasan yang dijamin selamat bagi membantu rakyatnya yang terkandas.

Berita terkini itu susulan pegawai AS mengesahkan operasi pemindahan dari Afghanistan terhenti selama tujuh jam semalam kerana pangkalan penerimaan di Qatar melimpah ruah dan tidak dapat menampung lebihan individu lain.

Situasi itu menyebabkan ribuan rakyat Afghanistan yang nekad meninggalkan negara mereka untuk ke AS masih menunggu di lapangan terbang itu.

Jabatan Negara AS dikritik kerana terlalu birokrasi dan tidak mempunyai staf mencukupi menguruskan ribuan rakyat Afghanistan yang ingin menyelamatkan diri ke AS.

Ada individu yang terpaksa tidur di atas lantai dalam keadaan cuaca yang panas terik di lokasi pendaratan pesawat AS selama tiga hari dengan kemudahan yang sangat terhad.

Meja Jeneral, Hank Taylor berkata, pesawat AS sudah menerbangkan 6,000 orang termasuk ratusan warga AS keluar dari Kabul dalam tempoh 24 jam sebelum usaha tersebut terhenti seketika.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya