Tentera AS, Jerman berbalas tembakan dengan kumpulan bersenjata di Kabul - Utusan Malaysia

Tentera AS, Jerman berbalas tembakan dengan kumpulan bersenjata di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Pasukan keselamatan Barat berbalas tembakan dengan kumpulan bersenjata yang tidak dikenal pasti di lapangan terbang Kabul hari ini, ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berusaha mempercepatkan proses pemindahan rakyatnya dari Afghanistan.

Seorang penduduk Afghanistan terbunuh dan tiga lagi cedera dalam insiden yang berlaku pada awal pagi itu.

Ketenteraan Jerman dalam kenyataan memaklumkan, pasukannya dan tentera AS turut terlibat dalam kejadian berbalas tembakan tersebut.

Insiden itu pada mulanya berlaku melibatkan pasukan keselamatan Afganistan dengan kumpulan bersenjata yang tidak dikenali sebelum pasukan tentera Barat masuk campur.

Usaha pemindahan warga asing di negara ini berdepan kesukaran selepas puluhan ribu penduduk Afghanistan juga cuba melarikan diri berikutan tidak mahu ditadbir oleh Taliban.

Sekurang-kurangnya lapan orang maut dalam beberapa insiden di lapangan terbang Kabul. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya