Tentera AS bakal tinggal lebih lama di Afghanistan - Utusan Malaysia

Tentera AS bakal tinggal lebih lama di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan pasukan tentera negara ini mungkin akan tinggal lebih lama di Afghanistan.

Langkah itu dibuat selepas Taliban cuba menghalang lebih ramai penduduk Afghanistan cuba meninggalkan negara itu menerusi penerbangan di Kabul.

Pada mulanya, Biden mahu pasukan tentera AS keluar dari Afghanistan menjelang hujung bulan ini, namun dianggarkan 15,000 rakyat negara ini masih terkandas di Afghanistan.

Jelas Biden, konflik yang berlaku di Kabul adalah situasi yang tidak boleh dijangka.

Sehingga kini, pasukan tentera AS sudah memindahkan lebih 5,200 orang termasuk 2,000 rakyatnya dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Pentagon memaklumkan kepada media tempatan bahawa pihaknya menyasarkan sebanyak 9,000 rakyat AS akan dibawa keluar dari Afghanistan sehari.

Setakat ini, kira-kira 4,500 anggota tentera AS mengawal lapangan terbang Kabul.

Sejak Ahad lalu, sekurang-kurangnya 12 orang maut di sekitar kawasan lapangan terbang akibat ditembak dan juga rempuhan.

Taliban dilaporkan menghalang mana-mana penduduk yang tidak mempunyai dokumen perjalanan daripada memasuki lapangan terbang.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya