Taliban berdepan krisis kesihatan, bencana ekonomi - Utusan Malaysia

Taliban berdepan krisis kesihatan, bencana ekonomi

PENDUDUK Afghanistan berjalan menuju ke pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, Kabul. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Pemimpin Taliban berdepan masalah besar apabila dihimpit dengan krisis kesihatan dan bencana ekonomi selepas negara ini kehabisan pengaliran wang tunai.

Amerika Syarikat (AS) membekukan hampir AS$9.5 bilion (RM38 bilion) aset kepunyaan bank pusat Afghanistan, manakala, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyekat akses sebanyak AS$450 juta (RM1.8 bilion) simpanan kecemasan, selain pesawat yang membawa bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan dihentikan. 

Taliban mengarahkan semua bank dibuka buat kali pertama bermula kelmarin sejak kumpulan itu menawan Kabul dalam tempoh 10 hari.

Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), David Beasley berkata, seramai 14 juta penduduk Afghanistan diancam kebuluran. 

“Negara itu pernah dilanda ribut yang dahsyat sejak beberapa tahun lalu, sebelum berdepan dengan kemarau, konflik dan kini kemerosotan ekonomi,” katanya.  

Sementara itu, negara-negara Barat masih meneruskan usaha membawa rakyat mereka keluar dari Afghanistan sebelum tarikh akhir 31 Ogos ini.

AS dan sekutunya memindahkan lebih 70,000 individu termasuk rakyat mereka, pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan penduduk Afghanistan dengan mengambil risiko sendiri. 

Sekitar 10,000 rakyat Afghanistan berpusu-pusu ke lapangan terbang Kabul dengan harapan dapat pergi ke negara lain sejak Taliban mengambil alih tampuk pentadbiran negara ini. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya