PETALING JAYA: Dua suspek pengganas rakyat Malaysia bakal dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan terlibat dalam pengeboman maut di Indonesia lebih 19 tahun lalu.
Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin ditahan dalam penjara di Guantanamo Bay di Cuba sejak 2006, bersama seorang rakyat Indonesia, Encep Nurjaman atau dikenali sebagai Hambali.
Menurut Pejabat Suruhanjaya Tentera Amerika Syarikat (AS), ketiga-tiga suspek itu dijadualkan dihadapkan ke mahkamah tentera di Guantanamo pada Februari lalu.
Namun, tarikh tersebut ditangguhkan susulan pendemik Covid-19.
Berdasarkan dokumen pertuduhan yang dimuat naik oleh pejabat itu, Nazir dan farik berdepan dengann sembilan pendakwaan, manakala Hambali lapan tuduhan berhubung peranan mereka dalam serangan pengganas di Bali pada 2002 dan Jakarta pada 2003.
Ketiga-tiga suspek itu didakwa atas tuduhan melakukan konspirasi, percubaan membunuh, membunuh, sengaja menyebabkan kecederaan anggota badan yang serius, keganasan, merosakkan harta benda dan menyerang orang serta objek awam.
Pihak berkuasa AS memaklumkan, kesemua tuduhan tersebut tidak membawa hukuman mati.
Pada 2003, ketiga-tiga suspek itu ditahan di Thailand dan dihantar ke rangkaian penjara Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebelum dipindahkan ke Guantanamo pada September 2006.Susp