ACEH: Akibat cinta lama berputik, seorang wanita yang sudah berkahwin sanggup menduakan suaminya demi kembali bersama bekas kekasih.
Wanita itu yang hanya dikenali sebagai WY, 27 tahun, didakwa berlaku curang apabila menjalin semula hubungan dengan bekas kekasihnya ketika suaminya berjauhan.
Lapor Tribunnews, suami wanita itu dilaporkan kini bekerja di Malaysia.
Menurut polis Aceh, wanita itu dan kekasihnya ditangkap khalwat di sebuah hotel di Peunayong, di sini pada Jumaat lalu.
Ketika ditahan, kedua-duanya mengaku merupakan pasangan kekasih sebelum ini, namun hubungan mereka terputus di tengah jalan sehingga wanita itu berkahwin dengan lelaki lain.
“Sudah hampir dua tahun suami saya tidak dapat pulang ke Aceh kerana pandemik Covid-19, Malaysia tutup pintu sempadan.
“Sejak beberapa bulan lalu, saya berjumpa semula dengan bekas kekasih dan cinta kami berputik kembali, maka kami putuskan untuk jalin hubungan,” katanya ketika membuat pengakuan kepada polis.
Pasangan kekasih itu memberitahu, mereka pergi ke hotel untuk meraikan hari jadi, namun mereka ditangkap sebelum sempat meraikan ‘hari bahagia’ tersebut.