Staf Google setuju dipotong gaji kerja dari rumah - Utusan Malaysia

Staf Google setuju dipotong gaji kerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kakitangan Google bersetuju dengan syarat pemotongan gaji yang dikemukakan oleh syarikat teknologi itu sebagai pertukaran untuk peluang bekerja dari rumah secara kekal.

Daily Mail melaporkan, jurucakap syarikat itu memberitahu CBS News kakitangan yang bekerja di kawasan bandar Amerika Syarikat (AS) dengan kos sara hidup yang lebih rendah akan dipotong gaji mereka.

“Pakej pampasan kami selalu ditentukan berdasarkan lokasi dan kami selalu membayar paling tinggi dalam pasaran tempatan berdasarkan tempat kakitangan bekerja,” katanya.

Dalam tempoh dua bulan, lebih 10,000 daripada 135,000 pekerja membuat permohonan untuk bekerja dari rumah sepenuh masa atau berpindah ke pejabat syarikat lain selepas kes virus Covid-19 menurun.

Google meluluskan 85 peratus permintaan pekerja untuk bekerja dari rumah dan bagi mereka yang memilih bekerja dari jarak jauh atau berpindah ke lokasi lain akan mengalami pemotongan gaji.

Menurut data dari PayScale.com, gaji purata pekerja di syarikat itu mencecah AS$120,000 (RM508,000).

Google memperkenalkan ‘Alat Lokasi Kerja’ Jun lalu bagi membantu pekerja membuat keputusan tepat mengenai bandar atau negeri tertentu mereka bekerja memberi kesan terhadap pampasan diterima, jika mereka memilih untuk berpindah atau bekerja dari jarak jauh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya