Singapura bayar RM2.4j akibat alahan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Singapura bayar RM2.4j akibat alahan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kerajaan bersetuju membayar sebanyak 782,000 dolar Singapura (RM2.44 juta) kepada 144 individu menerusi Program Bantuan Kewangan Kecederaan (VIFAP) bagi kempen vaksinasi Covid-19 kebangsaa.  

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, bantuan kewangan itu merupakan program bantuan yang disediakan kepada rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang mengalami kesan sampingan serius akibat vaksin Covid-19.

Channel News Asia melaporkan, VIFAP turut memberikan bantuan kewangan kepada individu berkelayakan bagi pembayaran tahap kedua nanti. 

Pembayaran tahap kedua sebanyak 10,000 dolar Singapura (RM31,218) akan diberikan kepada pesakit yang ditahan di unit rawatan rapi atau penjagaan intensif. 

Bagi individu yang dimasukkan ke hospital dan pusat perubatan akan menerima 2,000 dolar Singapura (RM6,243) semasa tahap ketiga kelak. 

Dua daripada pemohon sudah dibayar 225,000 dolar Singapura (RM702,422) selepas penerima vaksin maut atau mengalami hilang upaya anggota badan secara kekal akibat divaksin. 

Seorang pemohon lelaki berusia 16 tahun pula layak menerima pembayaran bagi peringkat pertama kerana menderita penyakit jantung selepas suntikan pertama vaksin. 

MOH dalam kenyataan berasingan menjelaskan lelaki itu sudah pulih dan berada dalam keadaan stabil serta menjalani rawatan susulan pemulihan pesakit. 

Dia menerima suntikan dos pertama vaksin pada 27 Jun dan pengsan di rumah 3 Julai lalu, selepas mengangkat peralatan berat di gimnasium. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya