Setiausaha kepada Gabenor New York, letak jawatan - Utusan Malaysia

Setiausaha kepada Gabenor New York, letak jawatan

MELISSA DeRosa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang pembantu kepada Gabenor New York, Andrew Cuomo dilaporkan meletak jawatan di tengah-tengah dakwaan skandal gangguan seksual yang membabitkan pemimpin itu.

Lapor BBC, Melissa DeRosa yang merupakan setiausaha kepada Cuomo mengumumkan peletakan jawatannya semalam.

Menurut DeRosa, ia merupakan satu penghormatan besar dalam kehidupannya dapat berkhidmat untuk penduduk New York sejak dilantik ke jawatan tersebut.

Satu laporan yang dikeluarkan minggu lalu mendakwa Cuomo melakukan gangguan seksual terhadap 11 wanita.

Cuomo menafikan dakwaan itu dan berjanji untuk kekal memegang jawatannya.

Laporan dikeluarkan Peguam Negara, Letitia James mendapati Cuomo didakwa melakukan gangguan seksual terhadap ramai wanita dan melanggar undang-undang negeri dan Persekutuan.

Nama DeRosa juga disebut sebanyak 187 kali dalam laporan setebal 168 muka surat.

DeRosa didakwa cuba menutup perbuatan gabenor itu dan membalas dendam terhadap salah seorang individu yang menuduhnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya