MOSCOW: Seorang pembela hak asasi yang terkenal di Rusia dan bekas pembangkang Soviet, Sergei Kovalev dilaporkan meninggal dunia pada usia 91 tahun.
Berita kematian Kovalev disahkan oleh keluarganya.
Anak Kovalev, Ivan menerusi Facebook memaklumkan ayahnya meninggal dunia dalam tidur pada awal pagi ini.
Kovalev merupakan ahli biologi yang menjadi antara anggota gerakan pro-demokrasi USSR yang terkemuka.
Beliau ditahan di kem buruh Soviet disebabkan aktiviti yang dilakukannya.
Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, Kovalev menjadi pengkritik lantang peperangan Moscow di Chechnya yang menentang kemunduran demokratik ketika Presiden Vladimir Putin berkuasa pada 2000. – AFP