NAIROBI: Seorang maut selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan untuk meleraikan penunjuk perasaan yang melakukan protes bagi menuntut keadilan atas kematian dua adik-beradik dalam tahanan polis.
Lapor Al Jazeera, keganasan tercetus di tengah Kenya setelah polis mengumumkan akan menjalankan siasatan terhadap kes kematian Benson Njiru Ndwiga, 22, dan Emmanuel Mutura Ndigwa, 19.
Dua lelaki itu ditahan polis pada Ahad lalu atas tuduhan melanggar perintah berkurung Covid-19 dengan berada di luar rumah selepas pukul 10 malam.
Menurut seorang pertubuhan hak asasi manusia, mayat lelaki itu ditemukan dua hari kemudian oleh ahli keluarga mereka di sebuah bilik mayat.
Kematian adik-beradik itu mencetuskan protes di Embu yang mana polis melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup untuk meleraikan penunjuk perasaan yang menghalang lalu lintas jalan raya. – AGENSI