LONDON: Seorang model wanita ‘terperangkap di Croatia selepas secara tidak sengaja menempah tiket penerbangan untuk tahun yang salah.
Alexia Portman pada minggu lepas bersiap sedia pergi ke lapangan terbang lengkap dengan bagasi pada awal pagi sebelum menyedari penerbangannya ke Milan tidak akan berlempas sehingga 4 Ogos 2022.
Model itu memuat naik video kesilapannya dalam aplikasi TikTok.
Rakaman video itu juga menyaksikan Portman berada di lapangan terbang lengkap dengan bagasi.
Jelas wanita itu, dia menyedari penerbangannya ‘belum sampai waktu’ ketika melihat jadual pesawat di lapangan terbang.
“Saya mula rasa pelik, kemudian saya perasan saya belum daftar masuk dan saya terus periksa emel.
“Alangkah terkejutnya saya mendapati penerbangan yang saya tempah sebenarnya adalah pada 4 Ogos tahun depan,” katanya.
Portman memberitahu, dia pada mulanya perasan kenapa dia tidak menerima sebarang pemberitahuan mengenai tempahan penerbangan tersebut.
Dia menyangka hal itu mungkin disebabkan dia membeli tiket menggunakan akaun emel bapanya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari pengguna TikTok dan kebanyakannya bersimpati, malah rasa lucu dengan nasib yang menimpa Portman. – AGENSI