Selepas kebakaran hutan, California di ancam kemarau teruk - Utusan Malaysia

Selepas kebakaran hutan, California di ancam kemarau teruk

KEADAAN tanah pertanian yang kering kontang di pekan Huron, California di Central Valley yang dilanda kemarau. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REEDLEY: Usaha mencari bekalan air kini menjadi ‘obsesi terbaharu’ penduduk di Central Valley di California ketika wilayah itu dilanda kemarau yang boleh mengancam bekalan makanan Amerika Syarikat (AS).

Penduduk juga menyaksikan ladang-ladang hijau menjadi kering kontang, berdebu, pokok layu, tanaman terjejas sehingga mengecewakan para petani.

Sebahagian besar kawasan di California dan barat AS biasanya mengalami hujan lebat lebih lama berbanding biasa dan musim sejuk yang kering.      

Pihak berkuasa negeri dan tempatan terpaksa menghentikan bekalan air ke ladang sehingga mencetuskan kemarahan golongan petani.  

Ini kerana pihak berkuasa bimbang bekalan air sedia ada mungkin tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk bandar atau hidupan liar.

Malah, di sepanjang jalan raya antara ladang pertanian utama, terdapat papan tanda tertera ‘Selamatkan bekalan air California’.

Golongan petani menyifatkan Gabenor California, Gavin Newsom sedang ‘mencekik’ mereka dengan mengenakan beberapa sekatan sia-sia sehingga menjejaskan kerja-kerja membekalkan barangan kepada pasar raya AS.    

“Dua perigi saya kering minggu lalu,” kata Nick Foglio, 28, yang merupakan petani dan broker makanan kepada AFP.

Katanya, tanaman alfalfa seluas 800 hektar miliknya semakin kering dan dia bimbang agenda politik tertentu akan menyebabkan isu kebuluran dan mungkin menjejaskan seluruh dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya