Selebriti media sosial rupanya kaki scammer, kaut untung RM99 juta - Utusan Malaysia

Selebriti media sosial rupanya kaki scammer, kaut untung RM99 juta

RAMON ABBAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang pempengaruh Instagram yang mempunyai pengikut seramai 2.4 juta mengaku terlibat dalam pengubahan wang haram selepas memperdaya orang ramai melibatkan jumlah 17 juta pound (RM99 juta).

Ramon Abbas menggunakan wang haram itu bagi menikmati gaya hidup mewah dan penuh bergaya.

Dikenali sebagai ‘Hushpuppi’ dalam media sosial, dia berjaya meraih ramai pengikut selepas memuat naik gambar di hotel lima bintang dan kereta mewah.

Suspek yang berasal dari Nigeria ditangkap di Dubai dengan menghabiskan masa selama enam bulan di sana selepas dikesan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Menurut Polis Dubai, pihaknya menemukan wang tunai 29 juta pound (RM170 juta), 13 kereta mewah bernilai 5 juta pound (RM29 juta), telefon bimbit dan komputer riba mengandungi lebih 100,000 fail penipuan serta dua juta alamat bakal mangsa seterusnya.

Penahanan lelaki berusia 37 tahun itu hasil penyiasatan FBI selama berbulan-bulan menerusi operasi ‘Fox Hunt’.

Abbas didakwan bersama dua individu lain di AS serta tiga lagi dipercayai berada di Afrika.

Kesemua mereka dituduh bersekongkol dalam melakukan penipuan, konspirasi terlibat dengan pengubahan wang haram serta pencurian identiti.

Sejak Abbas ditangkap, dia tidak pernah memuat naik sebarang gambar dalam Instagram melainkan gambar kereta mewah, jet peribadi dan baju yang dihasilkan oleh pereka fesyen sebelum ini. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya