Sekolah pasang CCTV dalam tandas pelajar - Utusan Malaysia

Sekolah pasang CCTV dalam tandas pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tindakan sebuah sekolah menengah di County Durham, timur laut England yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam tandas pelajar mencetuskan kemarahan dalam kalangan ibu bapa.

Lapor Daily Star, seorang bapa kepada pelajar dari Sekolah Framwellgate membantah langkah tersebut dan menggesa pihak pengurusan sekolah menanggalkan kamera itu dengan segera.

Andy Black menyifatkan tindakan itu melanggar hak peribadi pelajar perempuan dan lelaki sekolah berkenaan.

Malah, Black berkata, pihak pengurusan sekolah memasang kamera itu tanpa berunding dengan ibu bapa pelajar.

“Anak perempuan saya berusia 14 tahun dan dia berasa kurang selesa setiap kali ketika ke tandas sekolah.

“Dia berasa takut memikirkan pihak sekolah sedang mengawasi tingkah lakunya dalam tandas.

“Jadi, dia tidak akan menggunakan tandas sekolah dan menunggu sehingga pulang ke rumah,” katanya.

Sementara itu, pengetua sekolah tersebut, Andy Byers berkata, kamera keselamatan itu dipasang bagi mencegah sebarang kejadian seperti vandelisme dan buli.

“Ia tidak sama sekali melanggar privasi pelajar kerana kamera itu dipasang di luar kubikel tandas dengan menghala ke arah sinki,” katanya.

Menurut Byers, pihak pengurusan sekolah juga tidak akan memantau rakaman CCTV itu secara rutin.

“Kami juga tidak akan menyimpan semua rakaman tersebut kecuali jika ada masalah.

“Dalam hal ini, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa terlebih sebelum berbuat demikian,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya