Rusia mahu ‘buli’ AS dan China - Utusan Malaysia

Rusia mahu ‘buli’ AS dan China

RUSIA rancang rekrut 60,000 anggota tentera dalam tempoh empat tahun akan datang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia dalam proses mempertingkatkan keupayaan angkatan tenteranya dengan merancang merekrut seramai 60,000 anggota dalam tempoh empat tahun akan datang.

Usaha itu secara tidak langsung bakal menimbulkan ‘ketakutan’ terhadap  Barat dan mengukuhkan kuasa presiden negara ini, Vladimir Putin.

Lapor The Sun, Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu mendakwa, Moscow memerlukan angkatan tentera yang kuat untuk melawan usaha Barat yang sengaja menyemai ‘perbalahan dalaman’.  

Jelas Shoigu, tentera Rusia juga memerlukan lebih banyak anggota untuk mengendalikan senjata baharu yang mampu memusnahkan seluruh bandar selain dilihat sebagai dorongan untuk memodenkan aset ketenteraan Putin.

Berdasarkan satu laporan dikeluarkan semalam, negara itu meneruskan penghasilan sistem peluru berpandu anti-pesawat S-500 Prometheus.

Senjata itu mampu menyerang peluru berpandu hipersonik dan pesawat pada kelajuan 19110,96 kilometer per jam serta pesawat tanpa pemandu.

Menurut seorang sumber, sistem yang sedang dibangunkan itu disifatkan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara di dunia.

Penambahan anggota tentera dilakukan meskipun tentera Rusia sudah mempunyai sekitar 1.9 juta anggota termasuk 400,000 tentera. 

Sebaliknya, Britain mempunyai hampir 145,000 anggota tentera manakala Amerika Syarikat (AS) pula kira-kira 1.3 juta anggota.

“Kita sebenarnya harus rekrut 14,800 pegawai kontrak dan pegawai setiap tahun iaitu pada 2021, 2022, 2023 dan 2024,” kata Shoigu.

Jelas beliau, langkah itu bagi memastikan jumlah kru mencukupi untuk mengendalikan aset yang canggih di bawah usaha yang diluluskan oleh Putin.

Rusia ketika ini dalam proses memodenkan angkatan tenteranya termasuk tentera udara dan laut dengan pelbagai senjata hipersonik dan konvensional baharu pada masa akan datang.

Shoigu bagaimanapun menegaskan Rusia berdepan ancaman lain iaitu ‘perpecahan masyarakat’ secara dalaman.  

“Ancaman luar dapat difahami dan apabila kita berdepan situasi seperti itu, kita dapat melihat siapa melakukannya serta jenis senjata digunakan, malah boleh melawannya.

“Namun, apa yang lebih menakutkan adalah apabila ia berubah menjadi bahaya kepada negara. Itu merupakan ancaman dalaman,” katanya. 

Tegas Shoigu, rakyat tidak seharusnya menjadi lemah ketika berdepan ancaman demikian dan tidak mahu situasi di Syria dan Libya berlaku terhadap negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya