MOSCOW: Tentera Rusia dalam proses membawa pulang lebih 500 rakyat Rusia dan warga daripada beberapa bekas negara Soviet dari Afghanistan.
Pemindahan ini pertama kali dilakukan oleh Rusia yang mengambil pandangan optimis berhubung kepemimpinan baharu Taliban di Kabul.
Moscow memaklumkan pihaknya sudah menghantar empat pesawat tentera untuk membawa pulang lebih 500 warga dari Rusia, Belarus, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan dan Ukraine.
Tentera Rusia menerusi kenyataan memaklumkan proses membawa pulang ini dilakukan atas perintah Presiden Vladimir Putin dan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu.
Jelas kenyataan itu, setiap pesawat membawa barangan keperluan seperti bekalan air minuman dan selimut untuk semua individu. – AFP