TEXAS: Taman tema Six Flags di bandar ini memperkenalkan roller coaster baharu bagi tahun 2022 dengan elemen paling curam di dunia.
Roller Coaster yang diberi nama Dr. Diabolical’s Cliffhanger akan dilancarkan di taman tema Six Flags Fiesta di San Antonio.
Tunggangan taman tema itu akan melalui laluan curam 95 darjah selepas pendakian setinggi 45 meter.
Selain laluan yang curam, permainan itu menyediakan 21 kerusi penumpang dengan kelajuan 96 kilometer per jam (km/j).
Pengunjung akan merentasi laluan sejauh 762 km di landasan roller coaster yang akan menguji adrenalin mereka.
Permainan itu dihasilkan oleh Bolliger & Mabillard yang akan ditempatkan di Crackaxle Canyon Screampunk District dalam taman tema itu.
Taman tema itu mengkategorikan tahap cabaran dan keseronokan permainan itu di tahap maksimum.