Restoran berkonsepkan zaman purba dibuka minggu ini - Utusan Malaysia

Restoran berkonsepkan zaman purba dibuka minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ITALI: Sebuah restoran makanan segera berkonsepkan zaman purba akan dibuka kepada orang ramai di Pompeii, minggu ini.

Restoran yang terletak di tapak arkeologi di selatan Itali di Campania dibuka bermula 12 Ogos depan.

Kawsan bersejarah itu digali sejak 2019 dan ketika bahagian kaunter makanan segera digali sebahagiannya, pekerja berjaya mengumpulkan kesan runtuhan Pompeii.

Ahli arkeologi terus melakukan usaha penggalian dan menemukan bahagian kaunter dengan banyak sudut serta terdapat lubang di bahagian atas.

Meja yang ditemukan itu merupakan tempat meletakkan makanan panas.

Ketua Tapak Arkeologi Pompeii, Massiom Osanna berkata, ini adalah kali pertama sebuah kedai makanan panas zaman purba digali sepenuhnya.

Pakar tumbuhan dan haiwan turut menganalisis sisa-sisa dari lokasi tersebut.

Lukisan siput, itik, babi, kambing dan ikan adalah antara pilihan yang terdapat dalam menu di restoran kuno tersebut.

Pompeii yang terletak di selatan Itali adalah sebuah kota Rom yang ditelan debu panas dan lahar berikutan letusan gunung berapi pada 79 Masihi.

Kawasan itu pernah menjadi sebuah kota yang berkembang maju daripada segi pembangunan dan ketamadunan. -AGENSI

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya