Rasuah: Bekas menteri Indonesia dipenjara 12 tahun - Utusan Malaysia

Rasuah: Bekas menteri Indonesia dipenjara 12 tahun

JULIARI BATUBARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia, Juliari Batubara dipenjara selama 12 tahun selepas didapati bersalah mengambil rasuah bernilai AS$1.2 juta (RM5.1 juta) menerusi pakej bantuan kepada keluarga miskin yang terjejas akibat Covid-19.

Mahkamah di Jakarta menjatuhkan hukuman tersebut selepas Juliari ditahan pada Disember lalu dan hasil serbuan menemukan sejumlah beg dan sampul berisi wang tunai.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun terhadap Juliari dan mengarahkan beliau supaya membayar denda sebanyak 500 juta rupiah (RM147,929) atau tempoh penjara dilanjutkan lagi enam bulan,” menurut hakim, Muhammad Damis.

Bekas ahli politik itu juga diarahkan untuk membayar ganti rugi kira-kira AS$1 juta (RM4.2 juta) iaitu setara dengan nilai suapan yang diterima sebelum ini.

Jika Juliari gagal menjelaskan ganti rugi tersebut, hukumann penjaranya akan dilanjutkan lagi sehingga dua tahun.

Terdahulu, beliau dituduh menerima wang tunai dari dua kontraktor yang diupah untuk menyediakan pakej makanan asas kepada penduduk Indonesia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebelum ini berikrar tidak akan melindungi mana-mana pegawai kerajaan termasuk menteri yang terlibat dalam skandal rasuah.

Malah, beliau menyifatkan rasuah yang diterima oleh menteri sebelum ini sebagai ‘mencuri duit rakyat’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya