Rakyat Nigeria jemaah umrah pertama tiba di Mekah - Utusan Malaysia

Rakyat Nigeria jemaah umrah pertama tiba di Mekah

Gambar hiasan - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Rakyat Nigeria merupakan jemaah umrah pertama dari negara luar yang tiba di tanah suci semalam, lapor Saudi Gazette. 

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan bagi Haji dan umrah, Hani Ali Al-Amiri berkata, jemaah itu tiba pada pukul 9 malam di Lapangan Terbang King Abdulaziz, Jeddah.

Katanya, syarikat pengendali sudah bersedia menerima kehadiran jemaah di lapangan terbang dan hotel serta mengiring kemasukan mereka ke Masjidil Haram.

Jelas beliau, jemaah hanya perlu membeli keseluruhan pakej Umrah termasuk tiket penerbangan, pengangkutan, hotel dan syarikat umrah menerusi platform Eatmarna.

“Jemaah juga boleh membuat pendaftaran program umrah dan membeli pakej perkhidmatan melalui portal Maqam,” katanya.

Menurut Hani Ali, syarikat pengendali umrah perlu mematuhi peruntukan 10 peratus bilik hotel di penempatan jemaah negara luar bagi proses kuarantin serta bilangan individu tidak melebihi dua orang bagi setiap bilik.

Kementerian Haji dan Umrah turut menegaskan kapasiti bas tidak boleh melebihi 50 peratus yang akan membawa jemaah ke Mekah dan Madinah.

Kesemua langkah itu bagi memastikan keselamatan jemaah daripada ancaman wabak Covid-19.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN