Puerto Rico diancam Ribut Tropika Fred - Utusan Malaysia

Puerto Rico diancam Ribut Tropika Fred

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat (NHC) hari ini mengeluarkan amaran mengenai ‘Ribut Tropika Fred’ yang terbentuk di selatan Puerto Rico dan dijangka bergerak ke arah barat melalui Caribbean.

Ribut taufan itu terletak kira-kira 65 kilometer di barat daya Puerto Rico dan merupakan ribut keenam yang melanda semasa musim siklon tropika terakhir yang terbentuk dalam musim taufan Lautan Atlantik tahun ini.

Amaran ribut itu dikeluarkan bagi Puerto Rico, Kepulauan Virgin di AS dan Republik Dominika dengan angin taufan dijangka melanda dalam tempoh 12 jam akan datang.

Haiti, Kepulauan Turks dan Caicos serta Bahama turut berada di bawah pengawasan ribut tersebut.

Ribut tropika itu bergerak ke arah barat sekitar 27 kilometer per jam dengan tiupan angin maksimum sekitar 40 mph iaitu tiupan angin lebih tinggi. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya