Pramugari biadab arah letak gam pelitup muka budak - Utusan Malaysia

Pramugari biadab arah letak gam pelitup muka budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Seorang wanita naik angin apabila kru pesawat Southwest Airlines mengarahkan dia meletakkan gam pada pelitup muka anaknya.

Budak perempuan berusia dua tahun itu dikatakan enggan memakai pelitup muka tersebut semasa penerbangan dari Florida ke Virginia, lapor Daily Mail.

Ali Cleek menaiki pesawat dari Orlando ke Norfolk, Virginia minggu lalu semasa anaknya, Drew mula menangis dan enggan memakai pelitup muka itu.

Menurut Cleek, anaknya mahu menggigit jarinya kerana itu merupakan cara menenangkan dirinya.

Katanya, kru pesawat tiba-tiba memberikan dia dua pilihan sama ada menebuk lubang dalam pelitup muka atau meletakkan pelekat pada muka anaknya.

“Saya terus tergamam dan masih terperanjat. Saya tahu memakai pelitup muka adalah arahan kerajaan dan saya menghormatinya.

“Namun, dalam situasi tertentu kita perlu mempunyai belas kasihan dan berbudi bahasa,” luahnya dalam Instagram.

Menerusi temubual dengan Fox News, Cleek menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mematuhi undang-undang dan bukannya anti terhadap pemakaian pelitup muka.

Insiden itu membuatkan ibu dua anak itu dirundung kesedihan.

Jelasnya, semasa kejadian itu, dia dan suaminya berusaha menenangkan anaknya dan cuba memakaikan pelitup muka tersebut semasa dua pramugari berdiri di hadapan mereka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya