Polis Thailand lemaskan pesalah dadah dalam beg plastik - Utusan Malaysia

Polis Thailand lemaskan pesalah dadah dalam beg plastik

RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan Jirapong dilemaskan menggunakan beg plastik di balai polis di timur laut Thailand. - VIRALPRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pasukan polis Thailand didakwa menyeksa seorang lelaki yang didakwa melakukan kesalahan berkaitan dadah sehingga mati selepas memasukkan kepalanya ke dalam beg plastik.

Lapor Daily Mail, tindakan itu dilakukan untuk memaksa mangsa menggandakan bayaran ikat jamin sehingga 44,000 pound (RM254,082).

Mangsa yang dikenali sebagai Jirapong Thanapat, 24, ditahan bersama teman wanitanya selepas mereka didakwa menjual dadah jenis methamphetamine di Nakhon Sawan di timur laut Thailand pada 5 Ogos lalu.

Rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan dia diseksa oleh beberapa anggota polis di sebuah balai menjadi tular dalam media sosial.

Rakaman itu dipercayai didedahkan oleh seorang anggota polis junior.

Beberapa anggota polis itu pada awalnya sudah menerima bayaran sebanyak 22,000 pound (RM127,021) bagi membebaskan pasangan tersebut.

Namun, ketua polis di balai berkenaan yang dikenali sebagai Thitisan Utthanaphon menuntut bayaran dua kali ganda untuk mangsa dibebaskan.

THITISAN UTTHANAPHON

Thitisan didakwa menggunakan lima beg plastik untuk melemaskan Jirapong, selain menggari tangannya.

Perbuatan itu menyebabkan Jirapong rebah dan beberapa anggota polis cuba menyedarkannya namun gagal sebelum dia dibawa ke hospital dan meninggal dunia keesokan hari.

Thitisan kemudiannya merekodkan kematian tersebut sebagai ‘penggunaan dadah berlebihan’ dan membebaskan teman wanita mangsa dengan syarat tidak membocorkan kejadian itu.

Setakat ini, empat anggota polis yang terlibat sudah ditahan, termasuk Thitisan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya