Pintu sempadan New Zealand ditutup sampai hujung tahun - Utusan Malaysia

Pintu sempadan New Zealand ditutup sampai hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menegaskan negara itu akan menutup pintu sempadannya sehingga hujung tahun ini.

BBC melaporkan, langkah itu merupakan strategi paling berkesan menghapuskan wabak Covid-19 dan membuka semula sektor ekonomi.

Jelasnya, negara itu akan memperkenalkan model berasaskan risiko individu baharu bagi perjalanan bebas kuarantin, awal tahun depan.

Ardern turut menegaskan keutamaan semua penduduk menerima suntikan vaksin sehingga hujung tahun ini.

New Zealand hanya merekodkan 26 kes kematian daripada populasi penduduknya seramai lima juta orang.

“Kita belum bersedia untuk membuka sepenuhnya sempadan negara. Kita juga akan memastikan keputusan yang dibuat dengan penuh hati-hati kerana mahu bergerak dengan penuh yakin dan penuh kepastian,” katanya ketika berucap dalam forum.

Negara itu berjaya membendung penularan jangkitan Covid-19 dan Ardern menerima pujian dari seluruh dunia mengenai kaedah menangani virus itu.

Pelaksanaan kawalan sempadan yang ketat dan perintah berkurung merupakan tindakan yang dilaksanakan dalam memastikan kadar jangkitan sentiasa rendah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya