Perompak bank di Brazil ikat tebusan sampai mati - Utusan Malaysia

Perompak bank di Brazil ikat tebusan sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Perompak bersenjata mengikat tebusan sehingga menyebabkan kematian selepas melakukan rompakan di dua bank di bandar Aracatuba, Brazil.

Rakaman gambar daripada agensi berita tempatan mendapati selepas rompakan itu, suspek melarikan diri dengan mengikat tebusan di bahagian bumbung kereta yang sedang bergerak.

Kejadian itu menyebabkan dua orang awam dan seorang pegawai bank terbunuh serta enam individu lain mengalami kecederaan.

Perompak turut memasang bahan letupan di beberapa tempat di kawasan bandar itu serta di beberapa balai polis bagi melengahkan ketibaan pihak berkuasa selain dron dan senjata berat.

Seorang saksi memberitahu, kesemua perompak kelihatan seperti tentera kerana memakai jaket kalis peluru, senapang dan topi keledar.

Brazil merekodkan kes rompakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan tahap penggunaan senjata barat semakin tinggi dan dilakukan di bandar-bandar bersaiz sederhana bagi memastikan perompak dapat keluar dengan selamat dan membawa tunai yang berbaloi dari bank.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya