Perancis: Ribuan penunjuk perasaan bantah pas kesihatan Covid-19 - Utusan Malaysia

Perancis: Ribuan penunjuk perasaan bantah pas kesihatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ribuan penduduk mengadakan tunjuk perasaan di sekitar Paris dan beberapa bandar lain bagi membantah penggunaan pas kesihatan Covid-19 sebagai syarat wajib kemasukan ke tempat awam.

Lapor Al Jazeera, pas kesihatan itu diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha menangani gelombang keempat wabak Covid-19.

Kira-kira 3,000 anggota keselamatan dikerahkan di sekitar ibu negara Perancis semalam ketika tunjuk perasaan memasuki minggu ketiga.

Polis mengawasi penunjuk perasaan di sepanjang Champs-Elysees di Paris sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian pergaduhan berulang di tempat yang sama.

Sebahagian besar demonstrasi diadakan secara aman namun beberapa penunjuk perasaan di Paris bertembung dengan polis anti-rusuhan sehingga mereka terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

“Kita sedang mewujudkan sebuah masyarakat yang terasing dan saya rasa tindakan seperti ini tidak seharusnya berlaku di negara yang mementingkan hak asasi manusia.

“Saya tidak pernah menyertai demonstrasi dan kali ini saya melakukannya kerana merasakan kebebasan kita tergugat,” kata seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Anne.

Perancis akan menguatkuasakan undang-undang baharu yang mewajibkan penduduk mengemukakan pas kesihatan ketika memasuki restoran atau menaiki pesawat dan kereta api.

Undang-undang yang diluluskan di Parlimen itu akan berkuatkuasa mulai 9 Ogos ini.

Pas kesihatan itu akan diberikan kepada individu yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang lengkap dan diiktiraf, ujian PCR negatif atau baru sembuh daripada jangkitan wabak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya