Perancis laksana semula perintah berkurung di beberapa pulau - Utusan Malaysia

Perancis laksana semula perintah berkurung di beberapa pulau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pihak kesihatan di Perancis mengaktifkan semula pelan kecemasan di pulau Corsica, Mediterranean selepas gelombang keempat jangkitan Covid-19 merebak di seluruh negara itu.

Pihak kerajaan turut mengumumkan akan mengaktifkan kembali pakej langkah-langkah yang dirancang bagi menyokong petugas perubatan ketika mereka bersiap sedia berdepan dengan kes baharu.

Perdana Menteri Perancis, Jean Castex mempengerusikan mesyuarat menangani krisis semalam dan bersetuju memberikan bonus kerja lebih masa bagi petugas hospital serta pampasan bagi cuti yaang tidak dapat diambil akibat bebanan kerja.

Kebanyakan kawasan pesisir pantai Perancis yang popular melaksanakan semula kewajipan memakai pelitup muka sebagai langkah mencegah jangkitan wabak.

Pegawai kesihatan di Corsica berkata, pihaknya membekalkan lebih banyak katil penjagaan rapi bagi pesakit Covid-19 dan menempatkan petugas perubatan di Hospital Bastia.

Bastia yang merupakan antara dua bandar utama di pulau itu sudah melepasi 79 peratus kadar penghunian hospital.

Arahan itu selepas sehari Guadalupe menjadi kawasan ketiga di negara itu melaksanakan semula perintah berkurung sebahagian kerana lonjakan kes virus di sana.

Perintah berkurung pada waktu malam dan beberapa jam pada waktu siang bermula hari ini.

Pulau Martinique yang terletak 190 kilometer (km) di selatan, turut melaksanakan semula perintah berkurung bermula Jumaat ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya