Pentagon akan wajibkan tentera AS ambil vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Pentagon akan wajibkan tentera AS ambil vaksin Covid-19

SETIAUSAHA Pertahanan, Lloyd Austin - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon memaklumkan akan mewajibkan semua anggota tentera Amerika Syarikat (AS) mengambil suntikan vaksin Covid-19 mulai pertengahan September ini.

Keputusan itu dibuat di tengah-tengah peningkatan kes jangkitan didorong varian Delta yang semakin membimbangkan.

Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin menerusi memo berkata, beliau akan meminta Presiden Joe Biden meluluskan langkah itu dalam kira-kira lima minggu akan datang walaupun vaksin sedia ada tidak mendapat persetujuan penuh dari Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) AS.

Namun, arahan itu mungkin diumumkan lebih awal sekiranya vaksin Pfizer mendapat kelulusan sebelum itu.

Beberapa pegawai menjangkakan vaksin Pfizer mungkin mendapatkan kelulusan FDA pada awal bulan depan.

Memandangkan vaksin Covid-19 hanya mendapat kelulusan untuk penggunaan kecemasan, tentera AS sehingga kini tidak mewajibkan anggotanya mengambil suntikan vaksin itu.

Austin berkata, pihaknya akan mendapatkan persetujuan Biden sekiranya Pfizer atau vaksin lain tidak mendapat kelulusan sepenuhnya FDA pada pertengahan September.

Jelas beliau, sebelum arahan vaksinasi itu dibuat, tentera AS juga akan memantau dengan lebih dekat mengenai perkembangan kadar jangkitan dan impaknya.

“Saya tidak akan teragak-agak bertindak lebih awal atau mencadangkan pendekatan lain kepada Presiden sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Biden menerusi kenyataan menyokong kuat keputusan tersebut.

“Vaksin ini menyelamatkan nyawa, dan dengan diberikannya ia membolehkan anggota tentera kekal sihat, melindungi keluarga mereka dengan lebih baik dan memastikan pasukan kita sedia beroperasi di mana saja di dunia,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya