JAKARTA: Asid deoksiribonukleik (DNA) merupakan warisan manusia yang diturunkan dari generasi ke generasi serta merupakan penemuan penting bagi kehidupan.
Sejarah DNA dikatakan sudah wujud sejak 5,000 tahun sebelum Masihi hasil penelitian oleh seorang biarawan, Agustinian Gregor Mendel yang dikenali sebagai bapa genetik.
Penelitian dilakukan berdasarkan hipotesis Aristotele seperti dilaporkan News Medical Life Scienses hari ini.
Teori tersebut diperkenalkan sekitar 1,600 tahun setelah 5,000 sebelum Masihi menjelaskan bagaimana sifat-sifat daripada organisma diturunkan.
Penemuan DNA sejak zaman tersebut menjadi salah satu penemuan sangat penting yang dapat mengubah dunia.
Dalam satu kajian bagi membuktikan hipotesis Aristotele, Mendel melakukan eksperimen dengan menggunakan tanaman kacang pada 1857.
Dia memilih ciri khusus kacang untuk dipelajari dan hasil penelitiannya mendapati identiti tanaman yang tumbuh mempunyai ciri sama seperti induknya. -AGENSI