Penduduk Ho Chi Minh dilarang keluar rumah - Utusan Malaysia

Penduduk Ho Chi Minh dilarang keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Pihak berkuasa Ho Chi Minh City hari ini mengumumkan semua penduduknya dilarang keluar dari rumah ketika kes jangkitan Covid-19 di Vietnam terus meningkat.

Arahan paling tegas itu dikeluarkan ketika kadar jangkitan dan kematian akibat virus maut itu terus bertambah, biarpunn sudah beberapa minggu perintah berkurung dilaksanakan.

Jurucakap pihak berkuasa Ho Chi Minh, Pham Duc Hai berkata, semua penduduk di bandar ini diminta supaya kekal berada di rumah jika tidak terlibat dengan urusan penting atau kecemasan.

Katanya, peraturan baharu itu akan berkuatkuasa pada Isnin lalu.

“Sekatan itu diharapkan dapat mengurangkan kes jangkitan dan memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk merawat pesakit yang kritikal,” katanya.

Vietnam sebelum ini menjadi antara negara ‘paling baik menguruskan situasi Covid-19’ di dunia apabila merekodkan 35 kematian dan kurang 3,000 kes jangkitan sehingga 1 Mei lalu.

Namun, kes mula menular mendadak melebihi 321,000 dengan 7,150 kematian ketika ini.

Sepatuh daripada kes jangkitan dan 80 kadar kematian itu melibatkan penduduk di bandar ini. – REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya