NIGERIA: Kumpulan bersenjata di negara ini membebaskan beberapa murid yang diculik dari sebuah sekolah, Mei lalu.
Lapor BBC, pihak sekolah berkata, seramai 15 murid berjaya melarikan diri Jun lalu, dan enam murid lain maut ketika berada dalam tawanan.
Guru Besar sekolah itu, Abubakar Alhassan berkata, jumlah sebenar murid yang dibebaskan belum dapat dipastikan, namun, tiada murid yang masih ditawan lagi.
Katanya, semua murid itu sudah dihantar pulang ke rumah keluarga masing-masing.
Seorang bapa mangsa, Fati Abdullahi berkata, anak lelaki berusia 15 tahun dan anak perempuannya berumur 18 tahun diculik oleh kumpulan itu sebelum dibebaskan.
Beberapa lelaki menunggang motosikal dan melepaskan tembakan di kawasan bandar sehingga mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan individu lain, 30 Mei lalu.
Semasa orang ramai bertempiaran lari, penyerang memasuki kawasan sekolah dan menculik seramai 136 murid dari sekolah di Tegina.
Penculikan itu semakin meningkat di Nigeria sejak beberapa bulan lalu.