Pelancong Eropah terkejut lihat rakyat AS tambah gula dalam Coke - Utusan Malaysia

Pelancong Eropah terkejut lihat rakyat AS tambah gula dalam Coke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Beberapa pelancong Eropah berasa terkejut apabila melihat golongan wanita menambah gula dalam minuman berkarbonat Coke sedangkan minuman tersebut mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

Itu antara situasi yang dikongsikan oleh pelancong Eropah menerusi laman web rasmi Constative yang memaparkan rutin harian penduduk Amerika Syarikat (AS) daripada makanan hingga gaya hidup.

Selain itu, ada yang terkejut apabila melihat tiada cukai dikenakan dalam barangan keperluan yang dibeli di kedai.

Malah, ada yang menyifatkan pendingin hawa di AS terlalu sejuk bermakna semua tempat yang dikunjungi akan membuatkan anda menjadi beku di dalam.

Terdapat perkara yang membanggakan sekali gus menunjukkan rakyat AS lebih patriotik apabila bendera negara itu digantung di mana-mana sahaja.

Namun, segelintir pengunjung berasa sangat terkejut apabila melihat preskripsi ubat yang diiklankan dalam televisyen dengan amaran kesan sampingan adalah boleh mendatangkan maut.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya