Pelancong Belanda maut tertelan kunci kereta - Utusan Malaysia

Pelancong Belanda maut tertelan kunci kereta

SEORANG lelaki Belanda didakwa cuba meminta pertolongan akibat tertelan kunci kereta sebelum dia meninggal dunia di Barcelona, Sepanyol. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Seorang pelancong dari Belanda dilaporkan mati akibat tertelan kunci kereta ketika bercuti bersama keluarganya.

Lapor New York Post, lelaki berusia 37 tahun itu masuk ke sebuah kedai di daerah Sarria di sini kira-kira pukul 10.15 malam pada 5 Ogos lalu dalam keadaan mencurigakan.

Menurut kedai berkenaan, mangsa dilihat seperti dibawah pengaruh alkohol atau dadah, selain menyebabkan pertengkaran dengan pekerja premis kerana mereka tidak memahami apa yang dituturkannya.

Pekerja kedai tersebut kemudiannya menghubungi polis sebelum lelaki itu ditahan dan rebah secara tiba-tiba di luar premis.

Polis cuba memberi bantuan kecemasan kepadanya sebelum pasukan perubatan tiba dan memaklumkan terdapat kunci tersekat dalam tekaknya.

Anggota paramedik berjaya mengeluarkan kunci tersebut dan lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut

Namun, dia dilaporkan meninggal dunia keesokan hari dan polis akan menyiasat bagaimana lelaki itu boleh tertelan kunci kereta.

Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu sebenarnya masuk ke kedai tersebut kerana ingin minta pertolongan selepas dia tertelan kunci.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya