PBB bimbang vaksin Covid-19 tidak digunakan - Utusan Malaysia

PBB bimbang vaksin Covid-19 tidak digunakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan berhubung keadaan vaksin Covid-19 yang tidak digunakan.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric menegaskan badan dunia itu hanya dapat membantu mendapatkan dos vaksin Covid-19 atas permintaan kerajaan.

“Kami sangat bimbang dengan situasi yang mana kami melihat vaksin tidak digunakan lagi.

“Ia sama ada atas sebab pentadbiran, kurangnya penjagaan yang betul atau kerana keraguan vaksin,” katanya.

Berdasarkan data dari Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), program perkongsian vaksin COVAX sudah mengagihkan sebanyak 186.2 juta dos kepada 138 negara.

COVAX menyasarkan untuk menyediakan dua bilion dos vaksin bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Dujarric berkata, PBB sedia membantu negara-negara dengan pengedaran vaksin Covid-19 dari segi pengangkutan dan memerangi keraguan vaksin.

“Namun, kesemua itu hanya boleh dilakukan atas permintaan kerajaan,” katanya. –REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya