Pantai Coca-Cola macam air gas  - Utusan Malaysia

Pantai Coca-Cola macam air gas 

COCA COLA Lagoon menjadi tarikan popular di Brazil - FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Sebuah pantai di Rio Grande del Norte, Brazil kelihatan seperti lautan air berkarbonat popular sehingga diberi nama sebagai Coca Cola Lagoon.

Lapor Oddity Central, air laut yang berwarna hitam keperangan sama seperti warna air gas itu, namun, kandungannya sudah tentu berbeza kerana diwarnai dengan kepekatan iodin dan besi serta tiada karbonat.

Coca Cola Lagoon merupakan antara tarikan pelancongan paling popular di Brazil dan amat digemari oleh kanak-kanak kerana jolokan nama yang diberikan.

Semasa musim panas, air pantai yang cetek itu tidak terlalu panas dan sangat sesuai bagi seisi keluarga bermandi-manda.

Segelintir pengunjung turut mempercayai kombinasi bahan kimia yang menghasilkan warna air laut itu mempunyai kesan baik kepada kesihatan manusia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya