Pakaian seragam EasyJet dibuat daripada botol plastik - Utusan Malaysia

Pakaian seragam EasyJet dibuat daripada botol plastik

EASYJET menandatangani kontrak selama lima tahun bagi penghasilan pakaian seragam dibuat daripada botol plastik yang dikitar semula. – EASYJET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kru kabin dan juruterbang daripada syarikat penerbangan EasyJet bakal mengenakan pakaian seragam dibuat daripada botol plastik yang dikitar semula.

Lapor Metro, syarikat penerbangan itu telah menandatangani kontrak perjanjian selama lima tahun yang dikatakan akan menghalang lambakan kira-kira 2.7 juta sisa plastik di tapak pelupusan sampah atau lautan.

Menurut seorang jurucakap, setiap pakaian seragam itu akan dihasilkan menggunakan fabrik berkualiti yang mengandungi 45 botol plastik yang dikitar semula.

Malah, katanya, bahan itu mempunyai 75 peratus karbon lebih rendah berbanding poliester yang biasa digunakan.

Jelasnya, pakaian seragam baharu itu akan dihasilkan oleh Tailored Image dari Ireland Utara dan akan mula diagihkan kepada semua kru kabin dan juruterbang bermula bulan ini.

Pengarah Perkhidmatan Kabin di EasyJet, Tina Milton berkata, pihaknya sedar mengenai kepentingan kelestarian dan pada masa yang sama cuba melindungi alam sekitar.

Katanya, syarikat penerbangan itu juga sedang bekerjasama dengan Wright Electric dan Airbus dalam usaha membangunkan pesawat berkonsepkan pelepasan sifar karbon bagi penerbangan komersial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya