Nigeria: 35 maut akibat wabak kolera - Utusan Malaysia

Nigeria: 35 maut akibat wabak kolera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Sekurang-kurangnya 35 orang maut akibat wabak kolera yang meletus di sebuah pekan di wilayah Borno, timur laut Nigeria.

Lapor Xinhua, wabak itu meletus pada hujung minggu lalu di pekan Gwoza, wilayah Borno.

Menurut pengawai kawasan kerajaan tempatan Gwoza, Ibrahim Bukar, kira-kira 150 orang terpaksa dimasukkan ke hospital selepas menunjukkan gejala cirit-birit.

Jelas beliau, pihaknya mendapati sebahagian besar sumber bekalan air masyarakat yang tinggal di kawasan sempadan itu tercemar akibat bahan buangan dan bahan kimia.

“Justeru, ia tidak sesuai dan selamat untuk penggunaan manusia,” katanya.

Bukar menyifatkan wabak itu sebagai antara cabaran perlu dihadapi oleh penduduk di Gwoza dan pekan lain disebabkan kekurangan fasiliti kesihatan dan kemudahan lain.

Gwoza merupakan salah satu kawasan di wilayah Borno yang sering diserang oleh kumpulan Boko Haram. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya