Moderna paling berkesan lawan Delta? - Utusan Malaysia

Moderna paling berkesan lawan Delta?

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Vaksin Covid-19 keluaran Moderna disifatkan sebagai ‘paling berkesan’ menentang varian Delta.

Lapor The Sun, tiada satu pun vaksin Covid-19 yang 100 peratus berkesan menentang varian koronavirus, namun vaksin terbukti dapat kurangkan gejala jangkitan dan kemasukan ke hospital.

Pasukan penyelidik Mayo Clinic di Amerika Syarikat (AS) mendapati, vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech berkesan sebanyak 42 peratus menentang varian Delta.

Data itu diperoleh pada bulan lalu dan mendapati suntikan vaksin Moderna ‘lebih bagus’ dari Pfizer apabila berkesan sebanyak 76 peratus melawan varian Delta.

Pasukan penyelidik menjelaskan, dos suntikan dan komposisi kedua-dua vaksin tersebut diperlukan untuk menentukan berapa kadar keberkesanan menentang varian koronavirus.

Kumpulan penyelidik itu mengumpul data dari 25,000 penduduk Minnesota bermula Januari hingga Julai 2021.

Bagi enam bulan pertama, vaksin Pfizer dan Moderna memberikan perlindungan sehingga 90 peratus, namun keadaan itu berubah selepas kemunculan varian Delta.

Tahap keberkesanan vaksin Pfizer menghentikan kes varian Delta dan penyakit bergejala turut menurun sehingga 64 peratus setakat 6 Jun lalu.

Kajian di Israel sebelum ini juga menunjukkan vaksin Pfizer kurang berkesan menentang varian Delta, namun 93 peratus berkesan melindungi pesakit daripada gejala jangkitan yang teruk dan kemasukan ke hospital.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya