COLOMBO: Sri Lanka sudah memulakan proses pembakaran mayat pesakit Covid-19 secara besar-besaran ketika kes jangkitan terus meningkat.
Kes jangkitan harian dilaporkan meningkat dua kali ganda dalam tempoh sebulan iaitu lebih 2,500 kes dengan hampir 100 kematian.
Semalam, pusat pembakaran membakar kira-kira 15 mayat pesakit Covid-19 di Perkuburan Awam Colombo selepas hopsital memaklumkan pihaknya sudah tidak mempunyai ruang untuk menyimpan mayat.
Susulan peningkatan jumlah mayat pesakit Covid-19, pihak berkuasa juga perlu membangunkan tapak pembakaran baharu bagi menampung keperluan.
Di sebuah hospital di utara Colombo, terdapat 20 mayat pesakit Covid-19 tidak dapat disimpan dalam peti sejuk kerana ruang yang sudah penuh.
Malah, keadaan di bilik mayat di hospital umum Colombo juga semakin padat apabila mayat diletakkan bertindih-tindih ekorang ruang terhad.
hanya 11 juta penduduk daripada 21 juta populasi di Sri Lanka sudah menerima vaksin dan 2.9 juta menerima vaksinasi lengkap.
Sri Lanka sehingga kini merekodkan sebanyak 5,107 kematian dengan hampir 330,000 kes jangkitan. – AFP