Letusan Vesuvius, Santorini boleh cetus Tsunami  - Utusan Malaysia

Letusan Vesuvius, Santorini boleh cetus Tsunami 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Letusan gunung berapi di Itali dan Greece boleh menyebabkan ancaman Tsunami di beberapa negara lain termasuk Malaysia. 

Pakar melahirkan kebimbangan letupan kecil di gunung berapi Vesuvius dan Santorini sama seperti bahaya letupan besar yang boleh menyebabkan bencana global. 

Pakar di Universiti Cambridge memberi amaran gunung berapi yang kecil tetapi masih aktif mampu melumpuhkan infrastruktur penting serta mencetuskan ‘kesan domino’ di seluruh dunia. 

Katanya, sebanyak tujuh ‘titik punca’ dikenal pasti di kelompok gunung berapi itu berada serta infrastruktur penting di sekitarnya. 

Wilayah itu merangkumi barat laut Amerika Syarikat, Taiwan, Afrika Utara dan Atlantik Utara. 

Kumpulan gunung berapi di hujung utara Taiwan pula boleh menyebabkan industri teknologi global terhenti. 

Kawasan itu adalah antara pengeluar cip elektronik terbesar termasuk Pelabuhan Taipei. 

Kajian baharu malah menunjukkan gelombang raksasa dapat menghancurkan jaringan kabel dalam laut dan menutup laluan Terusan Suez.

Gumpalan debu panas dan tanah runtuh juga akan memberi kesan kepada penutupan pasaran kewangan dan kekurangan bekalan makanan utama sekali gus menyebabkan dunia berada dalam kekacauan. 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya