Lelaki tertelan berus gigi akibat mengantuk - Utusan Malaysia

Lelaki tertelan berus gigi akibat mengantuk

BERUS gigi berjaya dikeluarkan dari perut seorang lelaki selepas pembedahan dilakukan. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki China terpaksa melalui pembedahan gastroskopi bagi membuang berus gigi sepanjang 15 sentimeter dalam perutnya.

Lelaki yang berasal dari Taizhou, wilayah Jiangsu itu secara tidak sengaja tertelan berus gigi itu semasa melakukan rutin pada setiap pagi, lapor Oddity Central. 

Katanya, dia yang berasa mengantuk pada waktu itu memberus gigi di bahagian belakang dan tiba-tiba berus itu tergelincir ke dalam tekaknya.

Dia berusaha menarik semula berus itu tetapi disebabkan pemegang plastik yang licin menyebabkan berus itu pergi lebih jauh.

Disebabkan rasa tidak selesa, lelaki itu memandu sendiri ke hospital dan selepas melakukan ujian imbasan x-ray, doktor mengarahkan supaya pembedahan kecemasan dilakukan segera.

Ketua Bahagian Gastroenterologi di Hospital Taizhou Fourth, Wang Jianrong berkata, pesakit itu mengambil tindakan yang betul dengan berjumpa pakar perubatan.

Katanya, menggunakan kaedah tradisional seperti menelan nasi atau cuka hanya menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti merosakkan esofagus.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya