Lelaki pura-pura mati selepas ditembak kekasih isteri - Utusan Malaysia

Lelaki pura-pura mati selepas ditembak kekasih isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Seorang lelaki di sini nyaris maut ditembak oleh kekasih isterinya dalam satu kejadian kelmarin.

Lapor Tribunnews, mangsa hanya dikenali sebagai ES, 39, terselamat selepas dia berpura-pura mati selepas ditembak oleh suspek.

Menurut polis, kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu menyaksikan mangsa ditembak pada tangan dan kepala oleh suspek dalam jarak dua meter.

Jelas polis, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai jurutekni WiFi hendak memasang jaringan internet di Desa Karang Pandan, Desa Sukolilo, Surabaya, Jawa Timur.

Mangsa pergi lokasi pemasangan tersebut sambil ditemani anak keduanya.

Ketika melakukan pemasangan, suspek tiba-tiba muncul dan melepaskan tembakan ke arah mangsa sambil disaksikan oleh anaknya.

Mangsa pada mulanya ditembak pada bahu sebelah kiri dan dai rebah dengan berpura-pura mati.

Kemudian, suspek menembak mangsa sekali lagi  dan mengenai kepalanya.

Namun mangsa bernasib baik kerana peluru hanya menngenai bahagian tepi kepalanya.

“Mangsa dan dan isterinya kini dalam proses perceraian dan dia tidak tahu isterinya mempunyai kekasih. Suspek ditahan selepas wajahnya dicam oleh anak mangsa yang menyaksikan bapanya ditembak lelaki tersebut.

“Anak mangsa mengenali suspek kerana lelaki itu sering berjumpa dengan ibunya,” kata polis.

Polis memaklumkan, motif perbuatan adalah disebabkan oleh suspek sakit hati kerana hubungannya dengan isteri mangsa sudah terbongkar.

Selain itu, polis turut menahan dua lagi lelaki yang didakwa merupakan rakan subahat yang membantu suspek menembak mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya